Has7703y.... ....

My photo
Kota Kinabalu, SABAH, Malaysia
Plans drawn for extensions, renovation and conversions prepared on a computer aided design system (AutoCAD). I am able to provide a service to individuals and building and architectural companies. This service would typically include client consultations, preparing technical drawings of the proposed works and building construction specifications, submission of plans to Local Authority for approvals under the Town and Country Planning Act, the Building Regulations and listed building consent. Plans also drawn to Land Registry compliant standards. E-mail me now! to discuss your architectural drafting design needs. Send your e-mail and i'll be happy to return your questions by e-mail.

Friday, 31 July 2009

FOR YOUR RESIDENTIAL AND COMMERCIAL BUILDING PLAN DESIGN NEEDS

I am your residential and commercial building design experts since 1990.

If you are looking for a simple home design plan, complicated house design, extension and renovation plan, I put our vast experience to work for you to give you the home of your dreams using Computer Aided Design and Drafting Techniques.

Whether you are looking for a bungalow floor plan, two story floor plan, terrace floor plan, I am able to design the home that you have envisioned. With our experience using many styles of home design and construction applications such as Timber Frame design and of course traditionally framed homes, multi family projects and apartment buildings. I can design any home plans and 3D you are looking for.

Please feel free to contact me with any questions you may have.

Thank you

Thursday, 30 July 2009

HUBUNGI SAYA APABILA ANDA PERLUKAN LUKISAN PELAN







MENGUBAHSUAI RUMAH ANDA? TIADA MASA UNTUK MENGURUSKAN PENYEDIAAN LUKISAN UNTUK DISERAH KEPADA MAJLIS UNTUK MENDAPAT KELULUSAN PELAN? BIAR SAYA MENGENDALIKANNYA. TERHAD KEPADA MAJLIS-MAJLIS YANG TERDAPAT DI KAWASAN KOTA KINABALU, TUARAN, PENAMPANG DAN PAPAR.

SETIAP KHIDMAT NASIHAT ADALAH SECARA PERCUMA.

KHIDMAT MEREKABENTUK DAN MELUKIS ADALAH BERDASARKAN KELUASAN BINAAN DAN SYARAT-SYARAT BERKAITAN YANG DISYARATKAN OLEH
DBKK DAN MAJLIS DAERAH.

Friday, 24 July 2009

BERIKUT ADALAH SENARAI SEMAK PENGEMUKAAN CADANGAN PELAN PENGUBAHSUAIAN BANGUNAN/PREMIS:


DOKUMEN/PELAN
1. Surat Keterangan (Covering Letter) Mengenai Cadangan Permohonan.
2. (a) 6 Set Pelan Pengubahsuaian.(Untuk Pihak DBKK/Majlis Daerah)
(b) 4 set Pelan Pengubahsuaian. (Untuk Pihak JBPM)
3. Kesemua Pelan Diwarnakan dan Dilukis Mengikut Skala Yang Sesuai.
4. Pelan Ditandatangani/Diperakui oleh Orang berkelayakan seperti Arkitek/Jurutera Perunding/Pelukis Pelan Berdaftar.
(Tandatangan hendaklah asli)
5. Pelan Ditandatangani Oleh Pemilik Bangunan/Premis.
(Tandatangan hendaklah asli)
6. 1 Salinan Geran Tanah/Dokumen Pemilikan Tanah/Surat Kuasa. (Bagi bangunan persendirian hendaklah disahkan salinan sebenar)



Tuesday, 7 July 2009

CONTOH SURAT RAYUAN NOTIS DBKK


Haslin Aziz

House No. 703, Lorong Yan

Taman Toyota,

88200 Putatan

Sabah


04 Jul 2009

__________________________________________________________________________

Ruj: JBP:1000-15(03)


Pegawai

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu,

1, Jalan Bandaran,

88675 Kota Kinabalu

Sabah


(UP: Tuan Ubique Xrer)


Per: MEMOHON RAYUAN LANJUTKAN TEMPOH MENGEMUKAKAN PELAN RUMAH


Perkara di atas adalah dirujuk :

2. Saya sepertimana nama di atas adalah pemilik rumah No. 703, Taman Yan, ingin memohon melanjutkan tempoh sebulan dua bagi mengemukakan pelan rumah kepada pihak tuan.


3. Bersama-sama ini saya lampirkan surat notis amaran yang diberi oleh pihak tuan kepada saya. Segala pertimbangan daripada pihak tuan, Sangat saya hargai.


Sekian, Terima Kasih


Yang menurut perintah,

Haslin

…………………………….

Haslin Aziz

INFORMASI PEMBINAAN DAN PENAMBAHAN STRUKTUR TANPA KELULUSAN DI DALAM KAWASAN PERUMAHAN/KOMERSIAL/INDUSTRI DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU















TAHUKAH ANDA?

• Anda perlu mendapatkan kelulusan pelan bangunan sebelum membuat pembinaan dan penambahan struktur bangunan/komersial/industri.
• Adalah menjadi kesalahan jika membuat penambahan struktur atau membina di atas tanah simpanan parit kerajaan dan juga tanah simpanan kerajaan (open space).

KESAN PENAMBAHAN STRUKTUR TANPA KELULUSAN DBKK

• Anda telah melanggar
Undang-Undang Kecil (Bangunan) Bandaraya Kota Kinabalu 1951
• Pemilik premis bangunan yang membuat kerja-kerja pengubahsuaian atau penambahan struktur tanpa kelulusan dalam Tempoh Tanggungan Kecatatan (Defect Liability Period) akan menyebabkan pembatalan tanggungjawab pihak pemaju untuk membaiki sebarang kecatatan pada bangunan.
• Anda boleh menggangu keselesaan dan keselamatan jiran anda...
• Anda telah menyukarkan kerja-kerja pembersihan parit (jika penambahan struktur hingga ke tanah simpanan parit) dan pemotongan rumput pada bahagian belakang rumah anda dan dengan ini akan memberi kesan bau busuk, tikus, lipas dan pembiakan nyamuk di kawasan anda....
• Menyukarkan anda mendapatkan tuntutan insurans rumah kerana struktur rumah telah berubah...
• Kebakaran akan mudah merebak jika anda tidak mengikuti peruntukan yang disediakan dan anda akan menyukarkan pihak Bomba memadam api jika berlaku kebakaran.

ADALAH JUGA MENJADI KESALAHAN JIKA ANDA MEMBINA STRUKTUR TANPA KELULUSAN DI TANAH SIMPANAN KERAJAAN!

APAKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEBELUM MEMBUAT SEBARANG PENAMBAHAN STRUKTUR.....
1. menyediakan pelan bangunan yang lengkap dan disediakan oleh Arkitek ataupun Pelukis Pelan yang berdaftar dan dikemukakan kepada DBKK untuk pertimbangan dan kelulusan.
2. Pelan bangunan tersebut hendaklah mematuhi syarat anjakan yang minima seperti berikut:
a. Anjakan 20 kaki di antara dinding bangunan dengan sempadan tanah hadapan dan anjakan 10 kaki minima di antara dinding bangunan dengan sempadan tanah belakang.
b. Anjakan 10 kaki di antara dinding bangunan dengan sempadan tanah tepi.
c. Anjakan 20 kaki di antara dinding sempadan tanah tepi jika bertentangan dengan simpanan jalan.
d. Untuk ‘open porch’ atau ‘open terrace’ polisi DBKK berhubung keperluan anjakan dari tepi atap seperti berikut:
i. Ke sempadan hadapan tanah 5 kaki
ii. Ke sempadan belakang tanah 10 kaki
iii. 3 kaki untuk sempadan tepi tanah
iv. 5 kaki untuk sempadan tepi tanah jika bertentangan dengan jalanraya
e. Keluasan minima bagi bilis tidur adalah 120 kaki persegi.
f. Ketinggian siling untuk tingkat bawah minima 9 kaki dan tingkat 1 ke atas ialah minima 10 kaki.


ADAKAH PENYAMBUNGAN PREMIS ANDA MEMATUHI PERATURAN

TAHUKAH ANDA?
• PENYAMBUNGAN TANPA KELULUSAN AKAN MENYEBABKAN ANDA DIAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG KECIL (BANGUNAN) BANDARAYA KOTA KINABALU 1951.
• ANDA BOLEH DIKENAKAN DENDA TIDAK LEBIH DARI RM5,000.00 DAN RM100.00 UNTUK SETIAP HARI KE ATAS KESALAHAN BERULANG?
• DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU JUGA BERHAK MEROBOH ATAU MENGALIHKAN BINAAN TANPA KELULUSAN SERTA STRUKTUR YANG DIBINA DI ATAS TANAH SIMPANAN KERAJAAN DAN KOS PEROBOHAN AKAN DITANGGUNG OLEH ANDA!


ANDA MASIH RAGU-RAGU?


ANDA ADALAH DIALU-ALUKAN UNTUK BERJUMPA DENGAN PEGAWAI DI BAHAGIAN KAWALAN BANGUNAN ATAU MENGHUBUNGI DI TALIAN 088-521800 SAMB 860/858/852
Disediakan oleh:
Jabatan Perancangan Bandaraya,
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Friday, 26 June 2009

UBAHSUAI RUMAH

  • Jenis-jenis pengubahuaian rumah
    • Perbesar atau tambah ruang untuk:
      • Ruang dapur (dapur kering & dapur basah)
      • Ruang tamu
      • Ruang makan
      • Ruang keluarga
      • Ruang bilik tidur
      • Stor
      • Tandas
      • Ubah rekabentuk bumbung rumah sediaada
      • Perbesar dan ubahsuai ruang letak kereta (porch)
      • Tambah balkoni untuk tingkat atas
      • Ubahsuairumah 1 tingkat kepada 2 tingkat, 2 tingkat kepada 3 tingkat dll..


Mengapa perlu mengubahsuai rumah?.. Adakah rumah sediaada tidak selesa?..

  • Keselesaan sesebuah rumah bergantung kepada penghuninya. Kebanyakan pemilik rumah yang mengubahsuai rumah adalah untuk menambahkan keselesaan. Antaranya:
    • Tambah keluasan dapur untuk keselesaan semasa memasak
    • Tambah jumlah tandas untuk rumah yang ramai penghuninya
    • Tambah ruang letak kereta (porch) bagi pemilik yang mempunyai lebih dari 1 kereta
    • Ubah rekabentuk bumbung untuk pemilik yang hendak nampak kelainan rupabentuk rumahnya
    • Ubahsuai rumah 1 tingkat kepada 2 tingkat atau 2 tingkat kepada 3 tingkat bagi penghuni ramai dan berkemampuan
    • Tambah balkoni bagi pemilik yang suka melihat pemandangan indah luar rumah
    • Ubahsuai pagar untuk rumah teres atau rumah berkembar yang selalunya pagar sediaada tidak menarik dan tidak berkualiti

Tuesday, 23 June 2009

PELAN & LUKISAN : PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG










PELAN & LUKISAN:

PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG

Disediakan oleh
abdaziz@usm.my

Pelan/lukisan
Kesannya…….
-----Jika diikuti, “ya”
-----Jika tidak diikut, “tidak”
APA?
(a) Perspektif kontraktor
P/L = Pat. = RM
P/L = pelan/lukis
Pat. = patuhi/diikuti
RM = dapat bayaran
(b) Perspektif klien/ tuanpunya projek.
P/L = Lu. = CF
P/L = pelan/lukisan
Lu = Lulus
CF = Boleh duduk
Boleh dijual
Boleh diguna
Boleh untung

FUNGSI LUKISAN

Ia mempunyai banyak fungsi – yang biasanya dipenuhi oleh lukisan-lukisan yang
berlainan.
Menjadi model bagi idea-dea ereka dan membantu merasional dan menyelesai masalah dan konflik yang dijangka antara fabrikasi dan penampakan (misalnya lukisan isometrik dan pandangan pelukis)
Ia menjadi alat menyampaikan hasrat pereka kepada kontraktor (lukisan rekabentuk terperinci)
Ia merekod apa yang telah dibuat (lukisan seperti – dibina [as-built] bagi tujuan penyenggaraan fasiliti)
Ruj: Murdoch, J. & Hughes, W. 1992, Construction Contracts – Law and Management, London: E & FN Spon. m.s. 125.

UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984 [P.W. 5178/85]

2. Takrif

orang berkelayakan” ertinya seseorang arkitek, pelukis pelan bangunan atau jurutera berdaftar;

orang yang mengemukakan” ertinya seseorang berkelayakan yang mengemukakan pelan-pelan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk diluluskan;

Pelan susunatur” ertinya sesuatu pelan yang diluluskan oleh pihak berkuasa perancangan yang kompeten;

pelan yang diluluskan” ertinya pelan bagi sesuatu bangunan yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan mengikut Undang-Undang Kecil ini;

BAHAGIAN II

PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN

3. (1) Semua pelan bangunan yang dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan untuk diluluskan, sebagai tambahan kepada kehendak-kehendak seksyen 70 Akta, hendaklah:-
(a) didepositkan di pejabat pihak berkuasa tempatan bersama dengan fee yang ditetapkan bagi pengemukaan pelan-pelan itu mengikut Jadual Pertama Undang-Undang Kecil ini;
(b) mengandungi suatu pernyataan yang menunjukkan maksud bangunan yang dikemukakan pelannya itu hendak didiri dan digunakan;
(c) mengandungi perakuan orang-orang berkelayakan itu bersama dengan Borang A sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Kedua Undang-Undang Kecil ini yang baginya mereka masing-masing bertanggungjawab; dan
(d) dilampirkan bersama-samanya suatu salinan bersetem pelan tapak yang relevan yang diluluskan oleh pihak berkuasa perancangan yang kompeten dan diperakukan dalam masa dua belas bulan kelendar sebelum tarikh pelan-pelan bangunan itu didepositkan, melainkan jika selainnya dikecualikan di bawah mana-mana undang-undang berhubungan dengan perancangan.

(2) Tiap-tiap pelan, lukisan atau kiraan berkenaan dengan sesuatu bangunan hendaklah dikemukakan oleh orang berkelayakan.

(4) (1) Sesuatu pihak berkuasa tempatan, jika pada pendapatnya sesuatu pelan, lukisan atau kiraan itu adalah di luar kekompotenan orang berkelayakan yang mengemukakannya, boleh mengembalikan pelan, lukisan atau kiraan itu.

(2) Sesuatu pihak berkuasa tempatan hendaklah menerima mana-mana pelan, lukisan atau kiraan yang telah dikembalikan jika pelan, lukisan atau kiraan itu dikemukakan semula bersama dengan suatu perakuan daripada pihak berkuasa berkenaan yang kompeten yang bertanggungjawab bagi pendaftaran orang berkelayakan itu, memperakui bahawa pelan, lukisan atau kiraan itu adalah di dalam kekompetenan orang berkelayakan yang mengemukakannya.

5. Jika di bawah Undang-Undang Kecil ini sesuatu pelan, lukisan atau kiraan berhubungan dengan sesuatu bangunan dikehendaki supaya dikemukakan oleh orang berkelayakan, tiada apa-apa pembinaan atau pembinaan lanjut bangunan itu boleh dijalankan melainkan orang berkelayakan itu atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya dengan wajar mengakujanji untuk mengawasi pembinaan dan pemancangan tanda, mengikut mana berkenaan, bangunan itu.

6. (1) Semua pelan yang dikemukakan hendaklah ditandatangani oleh orang berkelayakan dan oleh pemunya atau ejennya dan hendaklah mengandungi alamat penuh pemunya itu.

(2) Pihak berkuasa tempatan, jika berpuashati bahawa pemunya premis itu telah enggan atau tidak melaksanakan apa-apa kerja yang dikehendaki supaya dilaksanakan olehnya di bawah Akta, mengarah pemunya premis tersebut secara bertulis melaksanakan apa-apa kerja yang berkenaan.

7. (1) Orang berkelayakan yang mengemukakan pelan-pelan itu hendaklah bertanggungjawab atas pelaksanaan wajar semua kerja dan hendaklah terus bertanggungjawab sedemikian sehingga kerja-kerja itu siap melainkan:-
(a) dengan persetujuan pihak berkuasa tempatan itu orang berkelayakan lain dilantik untuk mengambil alih; atau
(b) pihak berkuasa tempatan itu bersetuju menerima penarikan balik atau penggantiannya atas permintaan pemunya dengan syarat bahawa pembinaan bangunan itu belum lagi bermula.

(2) Jika pihak berkuasa tempatan itu bersetuju menerima penarikan balik atau penggantian orang berkelayakan di bawah perenggan (1) (b) undang-undang kecil 7 kerja-kerja itu tidak boleh dimulakan sehingga orang berkelayakan lain dilantik untuk mengambil alih.

(3) Jika mana-mana yang berkelayakan yang telah mengemukakan apa-apa pelan, lukisan atau kiraan berkenaan dengan sesuatu bangunan telah mati atau menjadi bankrap atau tidak boleh dijumpai atau pendaftarannya telah dipotong daripada daftar atau oleh apa-apa sebab lain telah berhenti daripada menjalankan amalannya, maka pemunya atau penduduk itu hendaklah dengan seberapa segera yang praktik melantik orang berkelayakan yang lain untuk bertindak bagi pihaknya dan untuk mengemukakan keterangan yang mencukupi kepada pihak berkuasa tempatan mengenai hal keadaan itu.

8. (1) Semua pelan bangunan hendaklah didepositkan dalam tiga salinan atau dalam seberapa banyak salinan yang dikehendaki oleh pihak berkuasa tempatan.

(2) Satu set pelan-pelan itu hendaklah dibuat atas linen atau bahan lain yang tahan dipakai dan tahan lama dan set ini bersama dengan satu set lagi, hendaklah disimpan oleh pihak berkuasa tempatan dan set ketiga hendaklah dikembalikan setelah diluluskan.

(3) Jika pelan-pelan itu tidak diluluskan, satu set pelan-pelan itu hendaklah dikembalikan dengan suatu pernyataan menerangkan sebab-sebab ia tidak diluluskan.

(4) Tiada apa-apa pun dalam undang-undang kecil ini boleh melarang set tambahan pelan-pelan didepositkan jika difikirkan bahawa dengan berbuat demikian kerja pihak berkuasa tempatan boleh dipercepatkan.

Persediaan Dokumen Untuk Kertas Kerja penubuhan TADIKA

Semoga kita sama-sama dapat mengambil manfaat dan menambah ilmu yang sedia ada khasnya dalam penubuhan TADIKA.

SUSUNAN KERTAS KERJA & DOKUMEN PERSEDIAAN INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA TADIKA.

1. DOKUMEN Iringan dalam Kertas Kerja:

1. Gambar Premis dari sudut hadapan dan tepi (Tadika )

2. Surat SSM (ROB) – Pengesahan Carian Nama IPS (Booking Nama Tadika)

3. Permit Guru Besar ( 3 tahun ) / Sijil Guru Besar (Pesara Guru / Bekas Guru)

4. Salinan Kad Penganalan semua nama yang tersenarai dalam kertas kerja

dan Sijil Akademik /Profesional

5. Surat Perjanjian Sewaan Premis / Sale Purchase Agreement (Milik Sendiri)

6. CFO Premis / Cukai Tahunan Premis ( 5 salinan dikepilkan )

7. Pelan Lokasi ke premis (lukisan computer) ( 5 salinan dikepilkan )

8. Pelan Lantai dengan ukuran dalam kiraan kaki ( 5 salinan dikepilkan )

( 5 set salinan dokumen di atas tidak dibinding/ dimasukkan dalam kertas kerja)

9. Surat Perjanjian Franchais ( jika terlibat)

10. Surat Perjanjian Perkongsian ( Deed of Partnership ) JIKA BERKONGSI NIAGA MENUBUHKAN TADIKA

11. Surat lantikan Pengerusi / Guru Besar dan surat pengesahan terima lantikan

Sunday, 14 June 2009

JENIS PELAN UNTUK DI SUBMIT KE MAJLIS (PBT)

Pelan Arkitek : Pelan Bangunan

CADANGAN MEMBINA SEBUAH BANGLO/RUMAH 1 TINGKAT/
2 TINGKAT/TAMBAHAN/UBAHSUAI

1 ~ Pelan Pembangunan (jika Perlu)
2 ~ Pelan Arkitek
3 ~ Pelan Jurutera

Pelan Arkitek merupakan pelan yang pertama harus disediakan terlebih dahulu untuk mendirikan rumah. Pelan ini menunjukkan pandangan luaran dan dalaman rumah. Sebuah pelan Arkitek yang lengkap dan bersedia untuk submission adalah mengandungi perkara berikut, melainkan jika tidak berkenaan, iaitu:

A. Pelan Tapak
Pelan ini menunjukkan pelan lot tanah tempat rumah yang hendak dibina, ianya juga menunjukkan lot-lot lain yang berada di sekeliling lot tersebut. Pelan tapak ini juga perlu dimasukkan pelan rumah ke dalam lot tanah. Pelan tapak ini mesti ditunjukkan tapak rumah(pelan lantai bawah), system sanitary iaitu manhole, piping, septic tank, parit, limit jarak antara rumah dan lot serta lain-lain yang diminta oleh pihak majlis.

B. Pelan Lokasi
Pelan ini menunjukkan kawasan/seksyen lot tanah tersebut, juga ditunjukkan pelan dari jalan utama ke lot tanah, nama bangunan seperti sekolah, hospital yang berdekatan juga perlu ditunjukkan.

C. Pelan Kunci
Pelan yang menunjukkan daerah/negeri/mukim kawasan lot.

D. Pelan lantai Bawah (ground floor key plan)
Pelan yang menunjukkan perkara yang mengikut kemahuan pemilik

E. Pelan lantai Atas (1st floor key plan)
Pelan yang menunjukkan perkara yang mengikut kemahuan pemilik.

F. Pelan Bumbung (roof plan)
Menunjukkan jenis bumbung dan kecuranannya juga perlu ditunjukkan wire mesh iaitu paip udara bagi sanitary.

G. Pelan Pandangan (elevation plan)
Ia menunjukkan pandangan rumah dari luar.

H. Pelan Keratan (cross section)
Pelan ini menunjukkan pandangan keratan rentas rumah

I. Pelan Sistem Bekalan Air dan Sanitari
Menunjukkan saiz dan jenis paip, tangki air, tangki najis, sink, basin, floor trap serta yang berkaitan dengan paiping installation sanitary and plumbing

J. Jadual Pintu dan Tingkap
Jadual yang menunjukkan saiz dan jenis pintu dan tingkap

K. Pelan Pagar
Pelan ini mengandungi pelan pagar dan perincian untuk tempat meter air, tong sampah dan meter elektrik.

L. Jadual Pencahayaan dan Pengudaraan
Jadual menunjukkan pengiraan ruang cahaya dan udara.



Pelan Jurutera : Rekabentuk

Pelan Jurutera : Rekabentuk
Penyediaan pelan oleh pihak jurutera bagi pembinaan rumah terdiri daripada pelan r.c, pelan sanitari, pelan plumbing, pelan kerja tanah(jika perlu). Semua pelan ini akan direkabentuk setelah menerima pelan dari arkitek. Setiap jenis pelan tersebut akan di hantar ke jabatan yang berbeza iaitu pelan r.c disertakan pelan arkitek perlu di submit ke Majlis. Pelan sanitari ke JPP dan pelan plumbing ke JBA

Pelan R.C
Pelan r.c menunjukkan rekabentuk struktur(kerangka besi) sesuatu bangunan. Setiap saiz besi, saiz tiang, saiz beam akan ditunjukan dengan jelas dan perlu diikuti oleh kontraktor semasa dalam pembinaan nanti. Pihak jurutera akan melakukan pengawasan terhadap kontraktor supaya struktur rumah dibina mengikut pelan yang disediakan.
Pembinaan rumah yang tidak mengikut rekabentuk yang betul akan mengalami keretakan dan runtuh.

Pelan Plumbing
Pelan plumbing merujuk kepada system paip bekalan air rumah. Ianya menunjukkan saiz paip, saiz tangki air serta punca paip sedia ada yang akan disalurkan ke rumah. Pelan ini akan di submit kepada JBA untuk kelulusan.

Pelan Sanitari
Pelan yang menunjukkan system pembentungan rumah, terdapat beberapa siri submission untuk pelan ini. Jika dilihat pelan jenis ini adalah lebih kurang sama dengan pelan plumbing kerana ianya menunjukkan saiz-saiz paip yang akan digunakan. Jenis septic tank yang disediakan adalah mengikut jumlah penghuni dan akan ditentukan oleh jurutera. JPP adalah pihak yang bertanggungjawab dalam kelulusan pelan jenis ini dengan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Pelan Kerja Tanah (Earthwork)
Pelan ini disediakan jika keadaan tapak perlu ditimbun atau dikorek (cut n fill)

RUMAH IMPIAN DALAM PEMBINAAN
















Impian membina rumah sendiri pasti menjadi idaman setiap orang, lebih-lebih lagi yang sudah mempunyai keluarga. Sama ada mempunyai tanah sendiri atau membeli daripada pihak pemaju perumahan serta sumber kewangan yang boleh perolehi untuk membiayai kos pembinaan rumah, anda boleh membinanya mengikut citarasa tersendiri. Namun begitu, ada juga sesetengah daripada kita tidak mengetahui bagaimana langkah yang perlu diambil untuk memiliki rumah di atas tanah sendiri ataupun membelinya daripada pihak pemaju perumahan.

Ada juga terkeliru dengan jawapan-jawapan berbeza yang diberikan oleh pihak tertentu. Bukan itu sahaja, terdapat pemilik rumah yang belum lagi menerima CF walaupun rumah sudah diduduki. Ini tentulah semasa submission pelan terdapat masalah yang timbul.

Ada juga sesetengah pemilik rumah yang mempunyai masalah ketika proses pertama submission pelan serta berbagai-bagai lagi masalah lain, padahal jika pelan yang disubmit itu lengkap. Kelulusan pertama iaitu kelulusan untuk memulakan pembinaan dilakukan boleh diperolehi dengan satu hari ke seminggu sahaja(mengikut kawasan).

Sebenarnya untuk membina rumah, prosedur yang perlu dilalui bukanlah terlalu susah, kita hanya melantik Arkitek/Pelukis Pelan Berdaftar/Jurutera perunding untuk menguruskannya, tapi memanglah cas penyediaan pelan jika difikirkan agak mahal bagi pemilik rumah. Tetapi tanggungjawab yang dipikul oleh pihak Arkitek/Pelukis Pelan Berdaftar/Jurutera Perunding yang menandatangani pelan juga agak besar, ini kerana untuk memastikan pembinaan rumah dari mula hingga mendapat CF bukanlah sesuatu yang boleh dianggap mudah. Masa yang diluangkan untuk merekabentuk rumah, masa untuk ‘deal’ dengan pihak berkuasa tempatan(PBT) lebih-lebih lagi projek mempunyai masalah iuga perlu diambil kira.

Apakah perkara yang anda perlu lakukan untuk memiliki rumah impian? Blog saya bina khas untuk memberi panduan kepada anda dengan memaparkan maklumat yang berkaitan dengan membina rumah/banglo, tambahan rumah, ubahsuai rumah serta yang berkaitan. Anda boleh mencari maklumat yang dikehendaki mengikut kategori yang saya sediakan. Bukan itu saja blog saya boleh juga menjadi sumber rujukan kepada semua Pelukis Pelan samada Pelukis Pelan Arkitek atau Pelukis Pelan Jurutera, para sesiapa yang masih lagi belajar didalam bidang pelukis pelan serta sesiapa saja yang menceburi bidang senibina dan kejuruteraan awam.

Application for Building Plan Approval










Document required
  • Application letter using original letter head indicating application reference and proposed construction.
  • A copy of landownership or land title which has been certified as true copy by Commissioner of Oaths or Justice of Peace.
  • Copies of valid documents such as power of attorney/sales and purchase agreement/tenancy agreement if the owner is different from the list of names in the landownership or land title.
  • Six (6) sets of building plans properly arranged and folded in A4 size which has been prepared by a professional consultant (i.e. architect/engineer or registered draughtsman in accordance to their respective limitations for submission of building plans).
General information to be indicated in the plan
  1. Title of the plan should contain the following:-

    1. Type of building
    2. Total number of units
    3. Total number of floors
    4. Lot number/land title number
    5. Road/Street name
    6. Section name
    7. Names of owner and company
    8. Address of building owner
  2. Building plan should be complete with the following information:-

    1. Well defined location plan and clear site plan with a scale of not less than 1:1000 or more, whichever is suitable. Name of road/street leading to the proposed site should be shown in the location plan.
    2. Floor plan, vertical elevation plan (front, rear and side), section and roof plans with a scale of 1:100 or 1:200 (according to building size).
    3. Drainage and sewerage layout plan should be indicated clearly in the site plan.
    4. Road layout plan, entrance road access and vehicle parking lots together with traffic flow shown either in the site plan or separately.
    5. Indicate calculation on: plot ratio, calculation of vehicle parking lots (car, motorcycle and lorry where relevant), volume capacity of solid waste disposal area
    6. Indicate clearly building set backs from land boundary in compliance with DBKK requirements.
    7. Indicate clearly calculation of building floor area in accordance with usage such as residential, office, commercial, and others for the purpose of calculation of plan processing fee.
  3. All plans must be signed by the consultant, building owner and land owner and all signatures must be original signatures.
  4. All drawings must be coloured.
  5. Form B1 should be completed and stamped on the first page of every set of building plans submitted.
Flow chart of the process of application for building plan approval

1 Consultant prepares the plan and submits to DBKK.
2 Plan checked for compliance of basic requirements for submission of plan.
3A If incomplete, prepare letter of non-compliance and return to consultant.
3B If complied, open file, calculate plan processing fee and send payment notice to consultant.
4 Circulate plan to relevant departments, i.e. Jabatan Bomba, Health Department and other departments, where necessary.
5
Jabatan Bomba, Health Department and other departments give comments regarding the plan.
6
Plan will be checked and if there are complications or the case is not “straight forward” one, the plan will be referred to the Building Plans Committee.
7A If does not comply with requirements, letter requesting revision will be prepared and sent to the consultant.
7B
If complies with requirements, approval letter will be prepared.
8 The consultant will be contacted to collect the building plan which has been endorsed with approval.
9 The approved plan is filed.

Thursday, 28 May 2009

INGIN MENEMPAH PELAN BANGUNAN?
















Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Selamat datang ke blog saya ini. Di sini saya ingin memperkenalkan perniagaan yang saya lakukan di rumah sepertimana di bawah ni.

Saya Pelukis Pelan Senibina Persendirian menerima tempahan lukisan pelan samaada pembinaan rumah sebuah atau ubahsuai/tambahan baru bagi rumah-rumah teres, rumah untuk tadika/taska dan bangunan lot kedai (restoran, salun, bar, pusat tuisyen dll). Selain itu pelan 3D pun boleh direkabentukan.

Dua jenis Pelan iaitu Pelan Arkitek(Bangunan) dan Pelan Jurutera(Struktur Kerangka Besi) boleh juga mendapatkan tandatangan Arkitek dan Jurutera Perunding yang bertauliah untuk kelulusan Majlis-majlis Daerah seluruh Sabah atau Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Menjual pelan rumah sebuah yang telah sedia ada.

~ Harga pelan boleh dirunding mengikut saiz dan rekabentuk.

Keterangan lanjut boleh layari blog ini atau SMS/telefon saya
En.Hasraslin Aziz: 013-8585718

Thursday, 7 May 2009

BARANG KEMAS




Sate Ayam Pak uda

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

400gm daging ayam tanpa tulang-dipotong kecil2
1/2 sudu teh garam
40gm gula
lidi sate (direndam dgn air)
3 sudu besar minyak


Bahan dikisar:-
@4 ulas bawang merah
@2 cm kunyit hidup
@2 biji buah keras
@1 cm lengkuas
@1/2 sudu besar ketumbar-disangrai
@1/2 sudu teh jintan manis-disangrai
@1/2 sudu teh jintan putih-disangrai
@2 sudu besar air asam jawa sederhana pekat
@4 sudu besar santan (jun guna susu cair sbb santan x d, hehe)
@1 batang serai
* 1 btg serai dititik-buat merenjis sate



Cara-cara
Perap ayam dengan bahan kisar, garam dan gula selama 3 jam. (perap 1 semalaman).
Cucuk ayam pada lidi sate.
lebihan bahan perap tadi dicampur dgn 3 sudu minyak tadi dan renjis gunakan serai yg ditik semasa membakar sate.
bakar hingga masak dan
hidangkan dgn




There was an error in this gadget

Search This Blog