Has7703y.... ....

My Photo
Kota Kinabalu, SABAH, Malaysia
Plans drawn for extensions, renovation and conversions prepared on a computer aided design system (AutoCAD). I am able to provide a service to individuals and building and architectural companies. This service would typically include client consultations, preparing technical drawings of the proposed works and building construction specifications, submission of plans to Local Authority for approvals under the Town and Country Planning Act, the Building Regulations and listed building consent. Plans also drawn to Land Registry compliant standards. E-mail me now! to discuss your architectural drafting design needs. Send your e-mail and i'll be happy to return your questions by e-mail.

Sunday, 14 June, 2009

JENIS PELAN UNTUK DI SUBMIT KE MAJLIS (PBT)

Pelan Arkitek : Pelan Bangunan

CADANGAN MEMBINA SEBUAH BANGLO/RUMAH 1 TINGKAT/
2 TINGKAT/TAMBAHAN/UBAHSUAI

1 ~ Pelan Pembangunan (jika Perlu)
2 ~ Pelan Arkitek
3 ~ Pelan Jurutera

Pelan Arkitek merupakan pelan yang pertama harus disediakan terlebih dahulu untuk mendirikan rumah. Pelan ini menunjukkan pandangan luaran dan dalaman rumah. Sebuah pelan Arkitek yang lengkap dan bersedia untuk submission adalah mengandungi perkara berikut, melainkan jika tidak berkenaan, iaitu:

A. Pelan Tapak
Pelan ini menunjukkan pelan lot tanah tempat rumah yang hendak dibina, ianya juga menunjukkan lot-lot lain yang berada di sekeliling lot tersebut. Pelan tapak ini juga perlu dimasukkan pelan rumah ke dalam lot tanah. Pelan tapak ini mesti ditunjukkan tapak rumah(pelan lantai bawah), system sanitary iaitu manhole, piping, septic tank, parit, limit jarak antara rumah dan lot serta lain-lain yang diminta oleh pihak majlis.

B. Pelan Lokasi
Pelan ini menunjukkan kawasan/seksyen lot tanah tersebut, juga ditunjukkan pelan dari jalan utama ke lot tanah, nama bangunan seperti sekolah, hospital yang berdekatan juga perlu ditunjukkan.

C. Pelan Kunci
Pelan yang menunjukkan daerah/negeri/mukim kawasan lot.

D. Pelan lantai Bawah (ground floor key plan)
Pelan yang menunjukkan perkara yang mengikut kemahuan pemilik

E. Pelan lantai Atas (1st floor key plan)
Pelan yang menunjukkan perkara yang mengikut kemahuan pemilik.

F. Pelan Bumbung (roof plan)
Menunjukkan jenis bumbung dan kecuranannya juga perlu ditunjukkan wire mesh iaitu paip udara bagi sanitary.

G. Pelan Pandangan (elevation plan)
Ia menunjukkan pandangan rumah dari luar.

H. Pelan Keratan (cross section)
Pelan ini menunjukkan pandangan keratan rentas rumah

I. Pelan Sistem Bekalan Air dan Sanitari
Menunjukkan saiz dan jenis paip, tangki air, tangki najis, sink, basin, floor trap serta yang berkaitan dengan paiping installation sanitary and plumbing

J. Jadual Pintu dan Tingkap
Jadual yang menunjukkan saiz dan jenis pintu dan tingkap

K. Pelan Pagar
Pelan ini mengandungi pelan pagar dan perincian untuk tempat meter air, tong sampah dan meter elektrik.

L. Jadual Pencahayaan dan Pengudaraan
Jadual menunjukkan pengiraan ruang cahaya dan udara.



Pelan Jurutera : Rekabentuk

Pelan Jurutera : Rekabentuk
Penyediaan pelan oleh pihak jurutera bagi pembinaan rumah terdiri daripada pelan r.c, pelan sanitari, pelan plumbing, pelan kerja tanah(jika perlu). Semua pelan ini akan direkabentuk setelah menerima pelan dari arkitek. Setiap jenis pelan tersebut akan di hantar ke jabatan yang berbeza iaitu pelan r.c disertakan pelan arkitek perlu di submit ke Majlis. Pelan sanitari ke JPP dan pelan plumbing ke JBA

Pelan R.C
Pelan r.c menunjukkan rekabentuk struktur(kerangka besi) sesuatu bangunan. Setiap saiz besi, saiz tiang, saiz beam akan ditunjukan dengan jelas dan perlu diikuti oleh kontraktor semasa dalam pembinaan nanti. Pihak jurutera akan melakukan pengawasan terhadap kontraktor supaya struktur rumah dibina mengikut pelan yang disediakan.
Pembinaan rumah yang tidak mengikut rekabentuk yang betul akan mengalami keretakan dan runtuh.

Pelan Plumbing
Pelan plumbing merujuk kepada system paip bekalan air rumah. Ianya menunjukkan saiz paip, saiz tangki air serta punca paip sedia ada yang akan disalurkan ke rumah. Pelan ini akan di submit kepada JBA untuk kelulusan.

Pelan Sanitari
Pelan yang menunjukkan system pembentungan rumah, terdapat beberapa siri submission untuk pelan ini. Jika dilihat pelan jenis ini adalah lebih kurang sama dengan pelan plumbing kerana ianya menunjukkan saiz-saiz paip yang akan digunakan. Jenis septic tank yang disediakan adalah mengikut jumlah penghuni dan akan ditentukan oleh jurutera. JPP adalah pihak yang bertanggungjawab dalam kelulusan pelan jenis ini dengan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Pelan Kerja Tanah (Earthwork)
Pelan ini disediakan jika keadaan tapak perlu ditimbun atau dikorek (cut n fill)

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Search This Blog

Loading...