Has7703y.... ....

My photo
Kota Kinabalu, SABAH, Malaysia
Plans drawn for extensions, renovation and conversions prepared on a computer aided design system (AutoCAD). I am able to provide a service to individuals and building and architectural companies. This service would typically include client consultations, preparing technical drawings of the proposed works and building construction specifications, submission of plans to Local Authority for approvals under the Town and Country Planning Act, the Building Regulations and listed building consent. Plans also drawn to Land Registry compliant standards. E-mail me now! to discuss your architectural drafting design needs. Send your e-mail and i'll be happy to return your questions by e-mail.

Sunday, 14 June 2009

RUMAH IMPIAN DALAM PEMBINAAN
















Impian membina rumah sendiri pasti menjadi idaman setiap orang, lebih-lebih lagi yang sudah mempunyai keluarga. Sama ada mempunyai tanah sendiri atau membeli daripada pihak pemaju perumahan serta sumber kewangan yang boleh perolehi untuk membiayai kos pembinaan rumah, anda boleh membinanya mengikut citarasa tersendiri. Namun begitu, ada juga sesetengah daripada kita tidak mengetahui bagaimana langkah yang perlu diambil untuk memiliki rumah di atas tanah sendiri ataupun membelinya daripada pihak pemaju perumahan.

Ada juga terkeliru dengan jawapan-jawapan berbeza yang diberikan oleh pihak tertentu. Bukan itu sahaja, terdapat pemilik rumah yang belum lagi menerima CF walaupun rumah sudah diduduki. Ini tentulah semasa submission pelan terdapat masalah yang timbul.

Ada juga sesetengah pemilik rumah yang mempunyai masalah ketika proses pertama submission pelan serta berbagai-bagai lagi masalah lain, padahal jika pelan yang disubmit itu lengkap. Kelulusan pertama iaitu kelulusan untuk memulakan pembinaan dilakukan boleh diperolehi dengan satu hari ke seminggu sahaja(mengikut kawasan).

Sebenarnya untuk membina rumah, prosedur yang perlu dilalui bukanlah terlalu susah, kita hanya melantik Arkitek/Pelukis Pelan Berdaftar/Jurutera perunding untuk menguruskannya, tapi memanglah cas penyediaan pelan jika difikirkan agak mahal bagi pemilik rumah. Tetapi tanggungjawab yang dipikul oleh pihak Arkitek/Pelukis Pelan Berdaftar/Jurutera Perunding yang menandatangani pelan juga agak besar, ini kerana untuk memastikan pembinaan rumah dari mula hingga mendapat CF bukanlah sesuatu yang boleh dianggap mudah. Masa yang diluangkan untuk merekabentuk rumah, masa untuk ‘deal’ dengan pihak berkuasa tempatan(PBT) lebih-lebih lagi projek mempunyai masalah iuga perlu diambil kira.

Apakah perkara yang anda perlu lakukan untuk memiliki rumah impian? Blog saya bina khas untuk memberi panduan kepada anda dengan memaparkan maklumat yang berkaitan dengan membina rumah/banglo, tambahan rumah, ubahsuai rumah serta yang berkaitan. Anda boleh mencari maklumat yang dikehendaki mengikut kategori yang saya sediakan. Bukan itu saja blog saya boleh juga menjadi sumber rujukan kepada semua Pelukis Pelan samada Pelukis Pelan Arkitek atau Pelukis Pelan Jurutera, para sesiapa yang masih lagi belajar didalam bidang pelukis pelan serta sesiapa saja yang menceburi bidang senibina dan kejuruteraan awam.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Search This Blog