Has7703y.... ....

My photo
Kota Kinabalu, SABAH, Malaysia
Plans drawn for extensions, renovation and conversions prepared on a computer aided design system (AutoCAD). I am able to provide a service to individuals and building and architectural companies. This service would typically include client consultations, preparing technical drawings of the proposed works and building construction specifications, submission of plans to Local Authority for approvals under the Town and Country Planning Act, the Building Regulations and listed building consent. Plans also drawn to Land Registry compliant standards. E-mail me now! to discuss your architectural drafting design needs. Send your e-mail and i'll be happy to return your questions by e-mail.

Tuesday, 7 July 2009

INFORMASI PEMBINAAN DAN PENAMBAHAN STRUKTUR TANPA KELULUSAN DI DALAM KAWASAN PERUMAHAN/KOMERSIAL/INDUSTRI DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU















TAHUKAH ANDA?

• Anda perlu mendapatkan kelulusan pelan bangunan sebelum membuat pembinaan dan penambahan struktur bangunan/komersial/industri.
• Adalah menjadi kesalahan jika membuat penambahan struktur atau membina di atas tanah simpanan parit kerajaan dan juga tanah simpanan kerajaan (open space).

KESAN PENAMBAHAN STRUKTUR TANPA KELULUSAN DBKK

• Anda telah melanggar
Undang-Undang Kecil (Bangunan) Bandaraya Kota Kinabalu 1951
• Pemilik premis bangunan yang membuat kerja-kerja pengubahsuaian atau penambahan struktur tanpa kelulusan dalam Tempoh Tanggungan Kecatatan (Defect Liability Period) akan menyebabkan pembatalan tanggungjawab pihak pemaju untuk membaiki sebarang kecatatan pada bangunan.
• Anda boleh menggangu keselesaan dan keselamatan jiran anda...
• Anda telah menyukarkan kerja-kerja pembersihan parit (jika penambahan struktur hingga ke tanah simpanan parit) dan pemotongan rumput pada bahagian belakang rumah anda dan dengan ini akan memberi kesan bau busuk, tikus, lipas dan pembiakan nyamuk di kawasan anda....
• Menyukarkan anda mendapatkan tuntutan insurans rumah kerana struktur rumah telah berubah...
• Kebakaran akan mudah merebak jika anda tidak mengikuti peruntukan yang disediakan dan anda akan menyukarkan pihak Bomba memadam api jika berlaku kebakaran.

ADALAH JUGA MENJADI KESALAHAN JIKA ANDA MEMBINA STRUKTUR TANPA KELULUSAN DI TANAH SIMPANAN KERAJAAN!

APAKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEBELUM MEMBUAT SEBARANG PENAMBAHAN STRUKTUR.....
1. menyediakan pelan bangunan yang lengkap dan disediakan oleh Arkitek ataupun Pelukis Pelan yang berdaftar dan dikemukakan kepada DBKK untuk pertimbangan dan kelulusan.
2. Pelan bangunan tersebut hendaklah mematuhi syarat anjakan yang minima seperti berikut:
a. Anjakan 20 kaki di antara dinding bangunan dengan sempadan tanah hadapan dan anjakan 10 kaki minima di antara dinding bangunan dengan sempadan tanah belakang.
b. Anjakan 10 kaki di antara dinding bangunan dengan sempadan tanah tepi.
c. Anjakan 20 kaki di antara dinding sempadan tanah tepi jika bertentangan dengan simpanan jalan.
d. Untuk ‘open porch’ atau ‘open terrace’ polisi DBKK berhubung keperluan anjakan dari tepi atap seperti berikut:
i. Ke sempadan hadapan tanah 5 kaki
ii. Ke sempadan belakang tanah 10 kaki
iii. 3 kaki untuk sempadan tepi tanah
iv. 5 kaki untuk sempadan tepi tanah jika bertentangan dengan jalanraya
e. Keluasan minima bagi bilis tidur adalah 120 kaki persegi.
f. Ketinggian siling untuk tingkat bawah minima 9 kaki dan tingkat 1 ke atas ialah minima 10 kaki.


ADAKAH PENYAMBUNGAN PREMIS ANDA MEMATUHI PERATURAN

TAHUKAH ANDA?
• PENYAMBUNGAN TANPA KELULUSAN AKAN MENYEBABKAN ANDA DIAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG KECIL (BANGUNAN) BANDARAYA KOTA KINABALU 1951.
• ANDA BOLEH DIKENAKAN DENDA TIDAK LEBIH DARI RM5,000.00 DAN RM100.00 UNTUK SETIAP HARI KE ATAS KESALAHAN BERULANG?
• DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU JUGA BERHAK MEROBOH ATAU MENGALIHKAN BINAAN TANPA KELULUSAN SERTA STRUKTUR YANG DIBINA DI ATAS TANAH SIMPANAN KERAJAAN DAN KOS PEROBOHAN AKAN DITANGGUNG OLEH ANDA!


ANDA MASIH RAGU-RAGU?


ANDA ADALAH DIALU-ALUKAN UNTUK BERJUMPA DENGAN PEGAWAI DI BAHAGIAN KAWALAN BANGUNAN ATAU MENGHUBUNGI DI TALIAN 088-521800 SAMB 860/858/852
Disediakan oleh:
Jabatan Perancangan Bandaraya,
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Search This Blog